Pergerakan Islam di Malaysia: Konteks dan Faktor Sejarah
Abstract
Kajian ini bermaksud menyorot sejarah awal perkembangan gerakan Islam di Malaysia sejak zaman kolonial. Ini dilihat dari dua sudut yang penting dan bertumpang-tindih; gerakan islah yang membawa kesedaran nasional dan aspirasi pembaharuan dan tajdid serta pengaruh gerakan anti-penjajah dan kepeloporan politik Islam di rantau nusantara. Ia menghuraikan kesan dan pengaruh gerakan Islam di Malaysia dalam memangkin pembaharuan dan nahdah dalam konteks sosio budaya dan sosio politiknya yang luas. Peranan dan sumbangan yang dicetuskan oleh para pelopor Islam di Malaysia seperti Syed Syeikh al-Hadi, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan sebagainya telah memberikan pengaruh yang signifikan dalam mengilhamkan kebangkitan dan kesedaran wa’y al-Islam yang mendalam. Gerakan Islam yang diprakarsai oleh tokoh-tokoh penting ini memperlihatkan nilai dan falsafah Islam yang ideal dan membuka ruang ijtihad yang signifikan dan segar. Pengaruh pemikiran yang dilontarkan telah mengilhamkan perubahan yang progresif dalam pembentukan masyarakat madani yang inklusif dan gerakan akliah yang dinamik dan mampan. Kajian ini berbentuk kualitatif dari jenis penelitian kepustakaan dan analisis kandungan. Data dikumpulkan berasaskan metode dokumentasi dengan menerapkan kaedah analisis dengan cara sintesis, interpretatif, deskriptif, historis dan komparatif. Penemuan kajian menunjukkan aspirasi dan perjuangan dakwah yang digerakkan telah mencetuskan perubahan yang signifikan dalam memperkukuh kefahaman tauhid dan menegakkan harakat perjuangan, menggilap ruh dan semangat kebebasan, menggerakkan wacana pembaikan dan islah dan Islamisasi ilmu. Kajian ini telah melakarkan sumbangan dan kefahaman yang tuntas tentang sejarah pergerakan Islam yang memberi implikasi terhadap upaya pembaikannya dalam konteks moden dengan menggarap dasar dan halatuju politik dan sosio-budaya yang bermakna secara eksplisit, dan meyakinkan. Kajian ini adalah yang pertama menerapkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam menganalisis sejarah pergerakan Islam di Malaysia dan pengaruh serta menifestasinya dalam konteks politik dan agama. Ia menzahirkan ketinggian pengaruh dan idealisme yang meluas yang dibawa dalam tradisi akliah dan peradaban serta upaya penggemblingan kader di semua peringkat.
Downloads
References
Al-Attas, S.M.N. (1963). Some aspects of sufism as understood and practiced among the Malays. Malaysian Sociological Research Institute.
Al-Attas, S.M.N. (1989). Islam and the philosophy of science. International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Al-Helmi, B. (1958). Perutusan Presiden, Suara Islam, 10 (Sept.), 13.
Angkatan Belia Islam Malaysia. (2010). Profil. http://www.abim.org.my/profil-abim.html [diakses 1 Ogos).
Abu Bakar, M. (1973). Mahasiswa menggugat. Pustaka Antara.
Abd. Rahim, R. A. (1997). Gerakan tajdid di Malaysia: teori dan realiti. Dalam Dinamisme pengajian syariah (Mahmood Zuhdi A. M., Ed.). Berita Publishing.
Ahmat, S. (1984). Tradition and change in a Malay state: a study of the economic and political development of Kedah 1898-1923. MBRAS (The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Monograph), 12.
Asad, M. (1980). The message of the Qur’an. Dar al-Andalus.
Awang, A. H. (2010). Taktik & strategi berpolitik gaya Khulafa ar-Rasyidin. PTS Islamika.
Azmi A., Shamsul A.B. (2004). The religious, the plural, the secular and the modern: a brief critical survey of Islam in Malaysia. Inter-Asia Cultural Studies, 5 (3), 341–56.
Badawi, M.A. Z. (1976). The Reformers of Egypt. Croom Helm.
Badlihisham, M. N. (2008). Da‘wah in the Pronouncement of the ABIM Leaders (1970s-1990s). Jurnal Usuluddin, 26, 85-103.
Borhan, Z. A. (2005). Kelangsungan Hubungan Kebudayaan Malaysia-Indonesia. Seminar Antarabangsa Hubungan Indonesia-Malaysia (p. 6). UUM.
Bruinessen, M. van. (1994). Origins and Development of the Sufi Orders (Tarekat) in Southeast Asia. Studia Islamika, 1 (1), 1-23.
Centre for Islam and Science. (2020). Ismail Raji al-Faruqi. Centre for Islam and Science, http://www.cisca.org/voices/f/faruqi-mn.htm.(diakses 21 Apr.)
Fadil, S. (1986). Gerakan Islam di Malaysia: satu tinjauan sepintas lalu. Persatuan Muzium Malaysia.
Fadzil, S. (2010). Gerakan Islam: menoleh masa lalu, menyorot masa depan. Muzakarah Qiyadah 2, Wadah Online (30 Julai).
Funstan, J. (1976). The origin of Parti Islam se-Malaysia. Journal of Southeast Asian Studies, VII (1), 58-71.
Gibb, H.A.R. (1972). Modern trends in Islam. Octagon Books.
Hassan, M. K. (1987). The response of Muslim youth organizations to political change: HMI in Indonesia and ABIM in Malaysia. Dalam Islam and the political economy of meaning: comparative studies of Muslim discourse (William R. R., Ed.) (p. 180-2). Univ of California Press.
Hashim, J. (1993). An analytical survey on the development of da‘wah movement in Malaysia from 1970 until 1980. M.A. Diss., Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Heritage, International Islamic University Malaysia.
Ibrahim, A. (1975). Jelaskan wadah perbaharui tekad. Ucapan Dasar, Muktamar Sanawi ke-4, (7 Dis).
Ibrahim, A. (1976). Risalah ABIM. (Okt./Syawal 1396).
Ibrahim, A. (1977). Wahdatul Fikr penyatuan pemikiran dalam gerakan Islam. Ucapan Dasar, Muktamar ABIM ke-6, (28 Julai).
Ibrahim, A. (1977). Islam – penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk. Ucapan Dasar Muktamar ABIM.
Ibrahim, A. (1978). Tanggungjawab meneruskan masalah. Ucapan Dasar, Muktamar Sanawi ABIM ke-7, (21-24 Sha‘ban, 1393/17 Julai).
Ibrahim, A. (1980). Kebangkitan Islam mesti menyeluruh. Dewan Masyarakat, (Wawancara) 7, (15 Julai), 17.
Ibrahim, A. (1981). Membina generasi: satu gagasan. Ucapan Dasar Presiden, Muktamar ABIM ke-10, Dewan Tunku Cancelor, UM (9 Ogos).
Ibrahim, A. (1981). Kelahiran semangat kerohanian persatuan – peranan ABIM. MABIM, Kuala Lumpur (7-9 Ogos).
Ibrahim, A. (1985). Ucapan Dasar. Perhimpunan agung pergerakan pemuda UMNO ke 34, (26 Sept).
Ibrahim, A. (1988). Membuka diri kepada tradisi-tradisi ilmu. Ucapan Sempena Pelancaran Yayasan Penataran Ilmu. Hotel Shangrila (21 Jun).
Ibrahim, A. (2006). Universal values and Muslim democracy. Journal of Democracy, 17 (July 3), 5.
Ibrahim, A. (2008). Natsir, politikus intelektual. Tempo, 14 Julai.
Ibrahim, M. I. (1998/99). Pergerakan Islam dalam sejarah sosial di Malaysia antara tahun 1975-1985. Disertasi Sarjana. Jabatan Sejarah, UM.
Ignaz, G. (2003). Mazhab tafsir dari aliran klasik hingga modern (Madzahib al-tafsir al-Islami). M. Alaika Salamullah, et.al (Trans.) Elsaq Press.
Ilyas B. Y. (1988). Al-Faruqi and beyond: future directions in Islamization of knowledge. The American Journal of Islamic Social Science, 5 (1), 19.
Jamaah Islah Malaysia. (2010). Modul. http://www.jim.org.my/modules.php (diakses 3 Ogos).
Laila A., Salma K., & Jannatul A. (2023). Pengaruh gerakan-gerakan Islam fundamentalisme, revivalisme, modernisme dan tradisionalisme. Sultan Adam Jurnal Hukum dan Sosial, 1 (2, Juli), 197-203.
Lentera Hati. (2006). Bulletin PSQ (Pusat Studi al-Qur’an), ed. 13/Nov – Dis.
Manutty, M. N. (1990). Perception of social change in contemporary Malaysia: a critical analysis of ABIM’s role and its Impact among Muslim youth. Ph.D. diss., Temple University.
Merley, S. (2004). The Muslim Brotherhood in the United States. Research Monographs on the Muslim World, Centre on Islam, Democracy, and the Future of The Muslim World. (p. 25-26). Hudson Institute.
Metcalf, B. D. (1993). Living hadith in the Tablighi Jama‘at. The Journal of Asian Studies, 52 (3, Aug.), 584-608.
Morais, J. V. (1984). Anwar Ibrahim: resolute in leadership (Anwar: cekal dan tabah). Arena Buku.
Mohamed A.M. A. S. (2001). A Study of the fatwa by Rashid Rida on the translation of the Qur’an. Journal of the Society for Qur’anic Studies, 1 (1).
Muda, N. (1986). Perjuangan Anwar Ibrahim, dilihat dari aspek karisma. Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Muhammad Kamil, A.M. (2009). Tajdid: perspektif sejarah dan masa kini. Penerbit UM.
Mustaffa, A. (2004). Biografi Sayyid Muhammad Rasyid Rida. Al-Bayan, 2, 71.
Mustaffa, A. (2005). Sejarah penulisan Tafsir al-Manar karya Sayyid Muhammad Rashid Rida. Al-Bayan, 3, 55-64.
Mustaffa, A. (2008). Bicara islah masyarakat dalam Tafsir al-Manar: analisis idea al-Sayyid Muhammad Rashid Rida. Al-Bayan, 6, 30-31.
Nornajwa G., Mustaffa A. (2008). Tafsiran fiqh Syeikh Abu Bakar al-Ashaari: satu anjakan paradigma. Jurnal Syariah, 16 (1), 47-61.
Noor, F. (2002). The other Malaysia: writings on Malaysia’s subaltern history. Silverfish Books.
Ramli, M. F. (2002/03). ABIM di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim (1971-1982). Latihan Ilmiah, Fak. Sastera & Sains Sosial, UM.
Richard, C. M. (Ed.). (2004). Encyclopedia of Islam and the Muslim world. Thompson-Gale.
Roff, W. R. (1998). Patterns of Islamisation in Malaysia, 1890s-1990s: exemplars, institutions and vectors. Journal of Islamic Studies, 9 (July 2), 210-228.
Roff, W. R. (2004). Pondoks, madrasahs, and the production of ‘Ulamā’ in Malaysia. Studia Islamika, 11 (1).
Ryad, Umar. (2009). Islamic Reformism and Christianity; A Critical Reading of the Works of Muhammad Rashid Rida and His Associates (1898-1935). Leiden: Brill.
Quraish S. (1984). Tafsir al-Manar, keistimewaan dan kelemahannya. IAIN Alauddin.
Qutb, S. (1978). Islam the religion of the future (Mustaqbal hadha al-din). IIFSO.
Sa‘ad A. W. (1984). Tafsir al-Manar: suatu tinjauan deskriptif. Jurnal al-Jami‘ah, 32.
Saari S. (2009). PAS, simbol perjuangan Ulama Malaysia. Eramuslim, 2, 1-3.
Saari S. (2010). Perintis gerakan Islam mendalami fiqh al-waqi‘. UmmahOnline (diakses 12 Julai).
Shamsul, A.B. (1997). Identity construction, nation formation and Islamic revivalism in Malaysia. Dalam Islam in an era of nation-states: politics and religious renewed in Muslim Southeast Asia, disunting oleh R. Hefner dan P. Horvatich. University of Hawaii Press.
Shukri A., Muhammad A. (2005). Pendekatan pengaruh pemikiran ‘Ulama terhadap masyarakat Islam di Malaysia dan Indonesia. Seminar Antarabangsa Hubungan Indonesia-Malaysia (p. 9-11). Sintok: UUM.
Sidek, J. (1997). Shaikh dalam ilmu tariqah. Penerbit UM.
Voll, J. O. (1983). Renewal and reform in Islamic history: tajdid and islah. Dalam Voices of resurgent Islam, Esposito, John L. (Ed.). Oxford University Press.
Voll, J. O. (2000). Foundations for renewal and reform. Dalam The Oxford history of Islam. Esposito, John L. (Ed.). Oxford University Press.
Voll, J. O. (2002). ‘Abdallah ibn Salim al-Basri and 18th century hadith scholarship. Die Welt Des Islams, 42 (3), 356-372.
Wan Daud, W. M. N. (1994). An outline of the educational philosophy and methodology of al-Attas. Islami Aras’tirmalar, Turki, 1 (7).
Wan Daud, W. M. N. (2005). Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib al-Attas. Penerbit Uni. Malaya.
Yakan, F. (2008). Apa ertinya saya menganut Islam (Madha ya‘ni intima’i lil-Islam). Abu Mustafa H. (Trans.) Dewan Pustaka Fajar.
Zakaria, M. F. (2007). Pengaruh pemikiran assyahid Sayyid Qutb terhadap gerakan Islam di Malaysia. Jundi Resources.
Zambry, A.K. (1995). Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of the Pan-Islamic Party of Malaysia. Ph.D. Diss, Temple University.